Monday, November 9, 2009

Khasiat Susu Ibu Kepada Bapa

Saya dibesarkan dalam suasana budaya susu ibu. Hehe. Masa kecil pun minum. Bila dah besar panjang, tengok sekalian kakak dan kakak ipar apabila sudah berkahwin dan mendapat anak pun, mereka pun akan menyusukan badan walaupun barangkali tidak secara eksklusif. Justeru, konsep susu ibu itu kepada saya bukan sesuatu yang asing.

Kita selalu diberitahu, khasiat dan faedah susu ibu ini untuk si ibu dan si anak sahaja, tetapi jarang diberitahu kebaikannya untuk kaum bapa.

Seperti khasiat dan faedah untuk si ibu ini :


1. Senang nak travel, tak perlu bawak set bakul susu. (Pernah dengar wanita komplen tertinggal payudara?)

2. Si ibu tak kena suruh oleh si bapa untuk bangun tengah malam bancuh susu. (Hehe.)

3. Badan lebih mudah kembali langsing (Tak payah masuk program pelangsingan badan.)

4. Payudara jadi lebih seksi. Wow! (Tak perlu letak silikon, sapu ubat dan sebagainya)

5. Dapat “bercuti” secara semulajadi dari proses kehamilan seterusnya (Maklumlah, kaum bapa ni … bukan boleh puasa lama sangat)

6. Kurangkan risiko kanser.

Manakala, antara khasiat dan faedah untuk si anak:

1. Susu awal (kolustrum) ibu adalah sumber antibodi terbaik untuk anak manusia (Susu awal lembu untuk anak siapa ye? )

2. Anak lebih sihat sebab susu ibu confirm takde bakteria. (Melainkan susu ibu yang basi)

3. Anak kita lebih sihat sebab susu ibu sendiri lebih lengkap untuk keperluan si anak dari susu ibu lembu, susu ibu kambing, susu ibu kuda.

4. Kalau dapat demam kuning, lebih cepat hilang kuning.

5. Bayi jarang kembung sebab dia akan minum ikut susu secukup keperluan perutnya yang hanya sebesar guli pada hari pertama dia lahir.

6. Anak lebih pandai.

Dan sudah tentu lah, kasih sayang antara ibu dan anak akan terjalin lebih erat berbanding kasih sayang yang bibik / pembantu di rumah berikan kepada si anak sewaktu ibu dan bapa pergi kerja.

Kesian kaum bapa. Apa yang kaum bapa dapat ?

Jangan risau.

Kaum bapa seharusnya sama-sama ke hadapan untuk menggalakkan penyusuan susu ibu secara eksklusif terhadap semua (bakal) anak-anaknya kerana anda dapat menjimatkan banyak wang.

Ya. Anda boleh jimatkan lebih banyak wang dan merancang kewangan dengan lebih efektif apabila isteri anda menyusukan anak anda secara eksklusif.

Penjimatan # 1 Tak payah beli susu tepung

Kalau seminggu kos susu anak mencecah RM 50 seminggu, maka penjimatan setiap bulan adalah sebanyak RM 200. Itu direct expense yang bakal anda jimat.

Ditakdirkan dapat anak yang ada alahan tertentu dan hanya boleh minum susu mahal sahaja, amacam ?

Penjimatan # 2 Anak Lebih Sihat, Kurang ke Klinik

Dengan khasiat semulajadi susu ibu yang Allah swt beri ini, insyaAllah, anak kita juga akan lebih sihat kerana mendapat antibodi yang lebih sesuai. Ini secara tidak langsung menjimatkan bakal perbelanjaan keluar dan masuk klinik setiap bulan.

Jumlah yang bakal dijimatkan = RM xxx

Penjimatan # 3 Isteri Lebih Cun tanpa Perlu ke Slimming Class

Sudah tentu anda tidak perlu bagi subsidi, separa subsidi kepada isteri anda ke kelas-kelas senaman dan program melangsingkan badan kerana penyusuan susu ibu sahaja menghabiskan kira-kira 500 kalori sehari. Anda kena ingat, kalau anda tak beri subsidi, nanti isteri sudah tidak ngetop, anda janganlah komen pula. (Kaum ibu sokong tak ?)

Jumlah yang bakal dijimatkan = RM xxx

Suntikan Modal Untuk Dana Pendidikan dan Keperluan Kesihatan

Selaku bapa yang celik kewangan, setelah menyediakan keperluan asas, anda boleh menggunakan duit yang terhasil dari 3 faedah penjimatan di atas untuk kegunaan masa hadapan anak-anak anda seperti penyediaan tabung pendidikan.

Sekiranya anda sudah mempunyai bajet tersendiri untuk tabung pendidikan, maka sudah tentu anda boleh mula pula mendapatkan perlindungan takaful atau menyediakan stem cell khas untuk anak anda pula.

Suntikan Modal Untuk Berterima Kasih kepada Isteri

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya … (Al-Baqarah : 233)

Maka sekiranya anda memahami ayat Quran di atas, sudah tentulah kewajipan si bapa adalah menjaga kebajikan ibu yang menyusukan anak mereka sebaik-baiknya. Hari-hari si ibu dah susukan anak dan apabila dah boleh jimatkan duit tu, pandai-pandailah gunakan sebahagian duit itu untuk memanjakan si ibu pula. Kan kan kan ?

Siapa kata susu ibu tidak ada khasiat untuk perancangan kewangan kaum bapa?

No comments:

Post a Comment

Comment and Opinion

Affiliate terhebat !!