Wednesday, October 28, 2009

Rumah bayi Al- Quran mahu dibakar

MOSCOW - Sekumpulan penduduk Islam mengancam mahu membakar rumah ibu bapa bayi yang kulitnya tertera ayat al-Quran, Ali Yakubov di Kizlyar, Dagestan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Bayi itu yang berumur sembilan bulan dilahirkan oleh ibunya, Madina manakala bapanya bertugas sebagai seorang pegawai polis.

"Mereka (sekumpulan penduduk Islam itu) mendakwa tidak munasabah Allah menunjukkan tanda-tanda kebesarannya melalui seorang budak lelaki yang dilahirkan oleh keluarga pegawai polis," kata datuk bayi itu, Magomed-Kadyr.

"Mereka menganggap kami (pegawai polis yang bekerja untuk pemerintah Rusia) sebagai orang kafir," tambahnya.

Menurutnya, sebuah kereta membawa kumpulan bersenjata itu tiba di rumah mereka pada waktu siang.

Anggota-anggotanya kemudian menuntut mereka menunjukkan bayi berkenaan sebelum beredar tetapi mereka mengancam untuk datang lagi.

Selepas insiden itu, seorang penguasa tempatan menyediakan enam pengawal keselamatan untuk mengawal keluarga berkenaan.

Ibu bayi itu menyatakan bahawa ayat suci al-Quran itu hilang pada kulit Ali apabila kumpulan bersenjata itu tiba tetapi muncul semula selepas mereka beredar.

Dagestan yang terletak di selatan Rusia dan bersempadan dengan Chechnya bergolak akibat pertempuran berterusan di antara kumpulan-kumpulan Islam dan pihak berkuasa Rusia selama beberapa tahun selepas Moscow didakwa menindas penduduk Islam di wilayah itu. - Agensi

BAHAYA JANGAN TERPEDAYA DENGAN TAWARAN PROMOSI DARI TRUE FITNESS!


BAHAYA JANGAN TERPEDAYA DENGAN TAWARAN PROMOSI DARI TRUE FITNESS!


"Few times both of us "me and my friend" received calls from True Fitness Club telling that there is a free trial given to us and we can go there anytime and experienced the facilities if interested we can be a member. So after numerous call received we made our mind to give a try.

The first day we went, we were not even given a chance to try first but were almost forced to sign up by their people. We also blindly signup, because the main reason they said we can terminate at any time. We don't know how to put this, rather a difficult position for us to get an appointment letter/ job posting in Penang, which we have to shift from Selangor to Penang. So we have given the letter to the Fitness Club in PJ to clearly express our situation and to terminate our membership.

That's the problem started where, they delay and delayed the termination process and we realizes that they proceed to charged our credit card even after we tendered our letter and even after attaching the appointment letter.

Every time we come down to KL just to settle this issue, we met the officers who promised to look into this matter but never return to us neither gave us any feedback. Believed it or not, they dragging until now and successfully charged us in auto debit for 6 months.

Even though we begged the bank they also never listen to us, they require the bank to come forward. We loss the job just because we have to go up and down to the above said Fitness Club but they were not considerate at all to charges us for a services which was never tendered at the first place.

We even when to the extent blocking the credit card, but they have never given up, they sent us a legal notice and summon letter to appear in court for the rest amount. What an injustice, please help us.


SUMBER :http://www.nccc.org.my/v2/index.php/...ms-is-alarming

Thursday, October 22, 2009

Lawak Bahasa Inggeris

Ayah : Apasal Bahasa Inggeris kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?

Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

Al-Quran on his skin!!!


A BABY boy has left doctors baffled after passages from the Koran were found on his skin.

The parents of nine-month-old Ali Yakubov were stunned when the word Allah appeared on his chin soon after his birth.

Since then scores of writings in Arabic script have emerged on his back, arms, legs and stomach.

Amazingly his family claim the old markings vanish before the new words arrive — twice a week.

Medics say they cannot explain his mysterious condition — but deny that the marks are from someone writing on the child's skin.

His mother, Madina, said that she and her husband were not religious until the words started appearing on his skin.

Initially they did not show anyone the unexplained scribbles, but eventually revealed them to their doctor.

Now the boy has become a focus of Muslim homage in his troubled home province of Dagestan, close to war-ravaged Chechnya in the south of Russia.

Local MP Akhmedpasha Amiralaev said: "This boy is a pure sign of God. Allah sent him to Dagestan in order to stop revolts and tension in our republic."

The tot's mother said: "Normally those signs appear twice a week - on Mondays and on the nights between Thursdays and Fridays.

"Ali always feels bad when it is happening. He cries and his temperature goes up.

"It's impossible to hold him when it's happening, his body is actively moving, so we put him into his cradle. It's so hard to watch him suffering."

Tabiat memanaskan enjin di waktu pagi

Sekadar berkongsi.

Ana hari2 kasi panas enjin without fail

Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana?

Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya. Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus.

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin.. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Kredit kepada penulis.

Tuesday, October 20, 2009

Peringatan Pada yang Leka

Menurut majalah MANAR ISLAM,

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata... Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab. Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri....

Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.... Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yan g benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'

Subject: Manusia , Malaikat , Syaitan ...

Manusia - Eh, dah subuh dah? Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.
Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia. .
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah? Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?


..... Assalamualaikum ....... Mesti korang terkejutkan..neway , just bace dulu n evaluate it later... Allah sahaja yang tahu kebenarannya. [Bukti kebenaran Al-Quran. Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan 1999/2000 tahun gambar itu diambil oleh NASA.] *

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun.... sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066 ... *

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi... Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.... *

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007.... Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066 ... *

Wallahu'alam... Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri... Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini.. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang jangan risaula..aman dunia akhirat..sama-sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam.

P/s : plz sebarkan msg nie kat semua kgkawan kite yg beragama Islam... Wallahua'lam.
.

Awas!! Duit RM50 Palsu




Sunday, October 18, 2009

Macam mana dia cari makan


Ish camana ngan peribahasa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ayam ni nak kais camana ek. Oh..tuan dia bagi makan la..

Highest Confident Level


Casing PC Pelik dan Cantik



Cuba ni

mungkin posisi anda skrg sedang duduk mengadap komputer

k...skrg angkat kaki kanan dari lantai dan
pusing kaki tu ikut arah jam.

sementara tu, dengan menggunakan tangan kanan
lukis no. '6' di udara

pasti kaki anda secara automatic akan bertukat arah dan
kamu tidak mampu berbuat apa2 utk mengubahnya.
walaupun anda terer mcmana sekalipun...

cuba la try....

See what I mean?

walaupun ini hanyalah fenomena fizikologi tapi kita juga
boleh menhayatinya dr segi spritual

ingatlah kita x boleh brjln 2 lorong dlm satu masa....
kita xboleh bekerja dgn 2 majikan dlm satu masa....
kita hanya boleh memilih satu shj...
kanan atau kiri....baik atau jahat...syurga atau neraka.....

Allah dan RasulNya atau yg lain......
Pilihan d tangan anda...

Underwear Revolution

Tuesday, October 13, 2009

Strong hand




Walaupun dia adalah orang kelainan upaya, dia kuat terutamanya tangannya..Jom try tengok

Smallest Monkeys


Lokap di Morocco


Monday, October 12, 2009

Masjid Cina Pertama di Melaka

MELAKA: Sebuah masjid Cina muslim yang pertama di Melaka akan dibina awal tahun depan dengan kos lebih RM9 juta dan mampu memuatkan 2,000 jemaah.

Pengerusi Persatuan Tionghua Muslim Melaka (Pertim), Mohd Mansor Yap Abdullah, berkata masjid yang akan dibina di atas tapak seluas 2.8 hektar di Krubong itu menggunakan sepenuhnya konsep senibina masjid yang diadaptasi daripada masjid di China.

"Pembangunan keseluruhan yang dicadangkan ialah bangunan masjid dan sebuah kompleks yang menempatkan kemudahan seperti pusat kesenian, restoran makanan cina dan sekolah," katanya kepada pemberita di pejabat Pertim di sini, hari ini.

Ruang dewan utama masjid itu boleh memuatkan 1,000 jemaah manakala ruang solat terbuka boleh menampung 1,000 lagi jemaah.

Mohd Mansor berkata, terdapat 5,000 orang Cina muslim di Melaka dan lebih 1,000 daripadanya adalah anggota Pertim. - Bernama

Macam Lucah tapi Fakta....



Kuatnyer dia punyer yer...tapi kesian tengok dia, hilang nikmat sebagai manusia biasa.

Cerita Orang Terkaya di Malaysia


Lim Goh Tong merupakan pengasas kepada Genting Berhad yang bertanggungjawab dalam kerja-kerja penerokaan Gunung Ulu Kali menjadi sebuah pusat pelancongan yang dikenali sebagai Genting Highland sekarang

Berikut merupakan beberapa fakta menarik mengenai Lim Goh Tong yang dapat aku rumuskan daripada pembacaan buku tersebut ditambah dengan maklumat daripada sesi membudayakan penggunaan Google yang diwar-warkan oleh Topo

  1. Berasal dari negara China dan berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1937 mengikut jejak langkah sepupunya
  2. Menjual biji benih sebagai sumber pendapatan keluarga selepas bapanya meninggal dunia ketika beliau berusia 16 tahun
  3. Pada mulanya berkerja di Malaysia sebagai tukang kayu dan berkembang sehinggalah berjaya menubuhkan syarikat pembinaan Kien Huat yang bertaraf kontraktor Kelas A
  4. Antara projek-projek yang dilaksanakan ialah Empangan Ayer Itam yang terletak di Pulau Pinang dan Projek Pengairan Kemubu
  5. Lim Goh Tong tidak fasih berbahasa Inggeris sebaliknya hanya berurusniaga dengan menggunakan Bahasa Mandarin & Bahasa Melayu. Sekiranya memerlukan, beliau akan menggunakan khidmat penterjemah
  6. Pemilik Genting Group, Asiatic Development Berhad & Star Cruises
  7. Projek Indahpura seluas 8000 ekar yang terletak di Kulai, Johor merupakan salah satu projek pembangunan hartanah oleh Asiatic
  8. Seorang yang merendah diri dan senang bergaul dengan orang bawahan di mana beliau sendiri yang akan memantau dan bersama-sama melakukan kerja
  9. Seorang yang menepati masa serta rajin berkerja
  10. Pernah dilabel sebagai gila oleh kerana ideanya untuk membangunkan Genting Highlands
  11. “When I decided to develop Genting about 38 years ago, there were also people who said I was mad and doomed to failure. But I went on to build it up steadily into an internationally renowned holiday resort. As for the cruise industry, isn’t Miami a success story? If the Westerners can do it, so can we Asians”

  12. Mendapat idea untuk membangunkan Genting Highlands ketika berada di Cameron Highlands. Pada masa itu beliau terfikir alangkah baik sekiranya rakyat Malaysia dapat bercuti di kawasan peranginan tanah tinggi yang berada dekat dengan Kuala Lumpur berbanding Cameron Highlands yang biasanya mengambil masa lebih lama
  13. Bersahabat baik dengan Tan Sri Tan Sri Dato’ Loh Booh Siew (Boon Siew Honda) yang mula dikenali ketika menjadi pembekal minyak untuk projek pembinaan Empangan Ayer Itam
  14. Meninggal dunia pada 23 Oktober 2007 sebagai orang terkaya di Asia Tenggara dengan nilai kekayaan sebanyak RM 421.8 bilion

Kesimpulannya, banyak yang dapat dipelajari melalui pengalaman dan sikap beliau yang membentuk dirinya sebagai seorang jutawan. Selain daripada sikap merendah diri dan kesediaan untuk bergaul dengan semua lapisan masyarakat, beliau juga seorang yang sangat menepati masa dan kuat berkerja

Fakta Menarik

  1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..
  2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema danberalun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.
  3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.
  4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.
  5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.
  6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..
  7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.
  8. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.
  9. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.
  10. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.
  11. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.
    Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan ‘octothorp’.
  12. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.
    Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.
  13. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.
  14. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.
  15. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.
  16. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley’s gum.
  17. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.
  18. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.
  19. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.
    terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.
  20. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.
  21. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.
  22. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)
  23. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah’flutterby’.
    90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.
  24. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office… Pelik bukan!

Waktu gempa sama dgn ayat & surah dlm Quran...masyaAllah

(Peringatan) Waktu gempa sama dgn ayat & surah dlm Quran...masyaAllah

Artikel ini di terima dari kiriman e-mail,untuk renungan bersama........

Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Quran!? demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Quran dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

17.58 (QS. Al Israa ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.

sumber: eramuslim

Lawak Jenaka Menantu vs Mertua

Alkisah ada seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja.

Dia lalu memutuskan untuk menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu bermotor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu dan terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa berfikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.

Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, dan sehelai kertas bertulis “Dari ibu mertuamu”.

Giliran menantu kedua pula yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh dan terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian dan dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.

Besoknya di depan rumah menantu kedua melihat terparkir Toyota Alphard, disertai sehelai kertas tercatat tulisan, “Dari ibu mertuamu”

Ketika giliran menantu ketiga diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.

Seraya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”.

Asal Usul Jawi


Cuba klik gambar untuk lebih nampak...

BULAN BAHASA KEBANGSAAN


Oktober Diisytiharkan Bulan Bahasa Kebangsaan

Selaras dengan keputusan kerajaan untuk mengisytiharkan Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan, semua kementerian, kerajaan negeri dan agensi kerajaan diarah melaksanakan program bahasa peringkat masing-masing sepanjang bulan itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata langkah itu adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan serta bahasa komunikasi.
“Kegiatan-kegiatan bahasa dan persuratan kebangsaan akan dipertingkatkan sepanjang bulan ini untuk menyemarakkan lagi penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan masyarakat kita,” katanya pada pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan, peringkat kebangsaan di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini , Selasa.
Sarawak dipilih menjadi tuan rumah bagi majlis bertema “Bahasa Jiwa Bangsa” itu kerana terdapat pelbagai kaum yang hidup penuh harmoni dan dapat menjadi ikon konsep 1Malaysia.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pelbagai acara yang dianjurkan sepanjang bulan ini memberikan kesempatan kepada rakyat untuk melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan bahasa dan persuratan kebangsaan.

“Kerajaan juga akan memperkenalkan Anugerah Tokoh Ilmuwan Negara mulai tahun depan sebagai satu pengiktirafan kepada ilmuwan negara yang memberikan komitmen dalam usaha mengangkat martabat bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, bahasa kemajuan dan bahasa budaya tinggi,” kata Muhyiddin.

Katanya anugerah tersebut akan disampaikan kepada penerima yang layak sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan.

Beliau berkata keyakinan terhadap keupayaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan adalah berasaskan kepada bukti bahawa keluaran sistem pendidikan sedia ada yang berteraskan pendidikan bahasa kebangsaan telah berjaya menjadi pemangkin kepada kemajuan negara selama ini.

“Persepsi bahawa bahasa kebangsaan tidak berupaya untuk menjadi bahasa ilmu dan bahasa kemajuan merupakan tanggapan yang meleset,” katanya sambil merujuk kepada pelaksanaan dasar baru dalam sistem pendidikan bagi memartabatkan bahasa Malaysia disamping memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

“Kita perlu sedar bahawa jika bahasa kebangsaan kita tidak lagi menjadi bahasa ilmu dan bahasa kemajuan, lama kelamaan bahasa kita akan hilang kepentingannya, tidak lagi relevan dengan keperluan semasa dan akhirnya akan pupus,” katanya.

Muhyiddin meminta institusi pengajian tinggi, agensi pelaksanaan dasar bahasa seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan ilmuwan berkerjasama menghasilkan lebih banyak karya ilmiah dalam bahasa kebangsaan, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi dan bermutu tinggi.

Di samping itu, katanya, usahasama strategik dengan masyarakat penutur bahasa Melayu di Indonesia, Brunei dan Singapura boleh diwujudkan untuk menyemarakkan lagi penggunaannya sebagai bahasa ilmu.

Beliau berkata ada peluang yang baik untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam lingkungan yang lebih luas berikutan kedudukan bahasa Melayu pada tempat kelima sebagai bahasa utama dunia dengan bilangan penutur seramai 300 juta orang pada masa kini.

Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata kerajaan negeri akan sentiasa memberi sokongan dan dorongan yang padu kepada program Bulan Bahasa Kebangsaan untuk mempopularkannya.

Walaupun Sarawak memperjuangkan bahasa Malaysia lebih lambat dibandingkan di Semenanjung, beliau berkata ia telah menjadi satu kaedah penyatuan bagi masyarakat berbilang kaum di negeri ini, yang mempunyai pelbagai loghat dan bahasa.

BERNAMA

Info Tambahan

Untuk relaks relaks..

  1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.
  2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).
  3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.
  4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labah-labah daripada takut mati.
  5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.
  6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.
  7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.
  8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.
  9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.
  10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.
  11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.
  12. Semua beruang kutub adalah kidal.
  13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.
  14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.
  15. Hampir semua pembaca post ini akan cuba untuk menjilat sikunya.

Anda bagaimana?

Sekadar Jenaka Ringan

Seorang pengarah sebuah syarikat sudah mendapatkan Sekretari yang diinginkan, lalu beliau menugaskan stafnya Ajoi untuk meneruskan baki temuduga dengan calon-calon yang masih ada... Pengarah tersebut mengarahkan Ajoi menolak semua calon yang tinggal. Dengan yakinnya Ajoi melaksanakan tugasnya. Satu persatu calon dipanggilnya.

Ajoi : "Kamu memohon sebagai apa?"
Calon 1 : "Sekretari"
Ajoi : "Kamu merasa cantik ke tak?"
Calon 1 : "lebih kurang macamtu la"
Ajoi : "Permohonan Kamu tidak diterima."
Calon 1 : "Sebabnya?"
Ajoi : "Nanti pekerja disini akan jatuh cinta pada kamu dan berlaku perkara tak elok... "
Calon 1 : "Sebenarnya saya merasa tidak cantik"
Ajoi : "Makin lah saya tidak terima."
Calon 1 : "kenapa pulak ?"
Ajoi : "Buat sakit mata aje"

Stephen Gately (Boyzone) 'pass away'


Ahli kumpulan , , dilaporkan meninggal dunia ketika tidur, pada hari Sabtu lepas, sewaktu dalam percutian di Pulau Majorca, pantai timur Sepanyol.

Menurut sumber yang memberitahu News of the World, Gately sebelum itu keluar untuk minum.

“Dia keluar untuk pergi minum dan kemudian balik, tertidur dan terus tidak bangun-bangun lagi,” kata sumber itu.


Menurut laporan beberapa portal berita, empat ahli kumpulan yang popular sekitar era 90an ini iaitu Ronan Keating, Mikey Graham, Shane Lynch dan Keith Duffy dijangka akan berlepas ke Majorca.

menghasilkan beberapa buah album sebelum berpecah pada tahun 2000. Populariti mereka seiring dengan ‘boybands’ lain ketika itu seperti Backstreet Boys dan N’Sync.

bagaimanapun bergabung semula untuk menjayakan konsert siri jelajah pada tahun 2007.

Pada tahun 1999, Gately, 33, mengaku bahawa dia adalah seorang gay. Dia dan pasangannya, Andrew Cowles berkahwin di dalam satu upacara sivil tertutup di London pada tahun 2006.

Gately meneruskan karier solonya setelah berpecah dan pernah membintangi teater.

- Allah itu Maha Besar dan Maha Mengetahui

Sunday, October 11, 2009

Glow in the Dark Mushroom

Cantik kan...cendawan boleh jugak mengeluarkan cahaya kan...

Cinta itu Buta

Cinta itu Buta..korang setuju ke dengan tanggapan ini.. memang cinta itu membuatkan orang itu buta pemikiran dan hanya pikirkan cinta. Tapi cinta kat Tuhan or manusia itu adalah fitrah lain plak dengan gambar ni ....


Malaysian Tales

Malaysia Tales - Pontianak (The Malay Female Vampire)

There is a legend amongst the Malays of a female vampire or the pontianak that haunts lonely roads, cemeteries and jungles near villages.
She is supposed to be the spirit of a woman who had died traumatically during childbirth. She seeks revenge by drinking the blood of and killing her wrong-doers.
The pontianak is said to be dressed in a white gown, has a pale face, long flowing hair, blood-red eyes and fangs. She loves playing pranks on young men and hitch-hiking their bicycles, motorcycles or cars during night time.

A beautiful rendition of the malay Pontianak story is the Pontianak Harum Sundal Malam movie. Be sure to get the DVD of this movie if you happen to be in Malaysia.

- yang aku tau pontianak harum sundal malam tu Maya Karin....hehehhe

Malaysia Tales - Bujang Senang (The Giant White Crocodile)

Legendary giant white crocodile, nicknamed 'Bujang Senang,' that is said to have terrorised the Batang Lupar River in Sarawak, Borneo.
Said to be more than 20 feet in length.

A man claimed to have shot and killed Bujang Senang back in 1992, but others remarked that it was the wrong 'croc'.
This Malaysian-Borneo legend has been around for more than 50 years, with most tales having been heard from someone's great-grandfather or grand-uncle.

'bujang' means 'bachelor' in Malay language.
'senang' means 'easy' or 'leisurely'
Hence in this context, 'Bujang Senang' means 'leisurely bachelor'.

It is interesting to note that in Malay proverbs,
the term 'crocodile' or 'buaya' is given to randy or flirty men.

- Orang panggil boya tu buaya and buaya tu boya. Sama ja...

Pilihanraya DUN Bagan Pinang - Isa Menang

PORT DICKSON: Calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Isa Samad, menang besar dengan majoriti 5,435 undi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memperoleh 8,013 undi berbanding calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar, yang mendapat 2,578 undi.

Seramai 11,157 atau 81.65 peratus daripada 13,664 pemilih berdaftar keluar mengundi pada pilihan raya kecil itu hari ini.Keputusan rasmi diumumkan Pengurus Pilihan raya kecil itu, Abdul Wahab Shamsuddin, di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) pada jam 8 malam tadi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor daripada BN pada 4 September lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, Azman menang dengan majoriti 2,333 undi apabila memperoleh 6,430 undi manakala calon Pas, Ramli Ismail, mendapat 4,097 undi.

(Rujukan: Berita Harian Online)

- Kalah dan menang itu adat bertanding....

Foto dari National Geography




Gumana deme tangkap gambor ni yer...hebatnye...

Mungkin ini MPV Perodua kot????




Hm..nampak menarik jugak. Bentuk depan seakan Viva.

Pokok Durian Pelik

Pelik sungguh durian ni kan? Kat mana la..kalau la aku ada pokok camni, masyuk tul...