Showing posts with label Religion. Show all posts
Showing posts with label Religion. Show all posts

Saturday, May 21, 2011

AYAH JAGA ANAK KECIL


Hari ini aku menjalankan tanggungjawabku menjaga dan mengasuh anak aku di Hotel Seri Pasifik. Almaklumlah maknya sedang berkursus. Orang kata kalau jaga anak ni serah ja kat maknya tentu bereh punya....betul tu. Sbab anak-anak kecil selalunya dekat dengan maknya, bak kata orang utara anak rapit ngan mak.

Tapi aku rasa dengan cara ini boleh memberi peluang anak kecil itu mengenal ayahnya pulak. Dalam Islam, anak adalah tanggungjawab ibubapanya, kalau kita corakkan dengan cara baik, baiklah jadinya, seperti sebuah kanvas putih, kalau kita lukis dengan baik, cantiklah ia...begitulah bidalan kepada anak kita.

Abdullah bin Umar radhiallahu anhuma berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ الْإِمَامُ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ رَاعٍ فِي أَهْلِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ فِي بَيْتِ زَوْجِهَا وَمَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا وَالْخَادِمُ رَاعٍ فِي مَالِ سَيِّدِهِ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

“Setiap kalian adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan dimintai pertanggungjawaban atas yang dipimpinnya. Imam adalah pemimpin yang akan diminta pertanggungjawaban atas rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin dan akan dimintai pertanggungjawaban atas keluarganya. Seorang istri adalah pemimpin di dalam urusan rumah tangga suaminya, dan akan dimintai pertanggung jawaban atas urusan rumah tangga tersebut. Seorang pembantu adalah pemimpin dalam urusan harta tuannya, dan akan dimintai pertanggung jawaban atas urusan tanggung jawabnya tersebut.” (HR. Al-Bukhari no. 844 dan Muslim no. 1829)

Mentari Naik di Ufuk Barat???


Menurut seorang ahli psikologi, berdasarkan kepada penyelidikan lanjutan mengenai anomali (keluarbiasaan), menjelang 2012, sesuatu fenomena membimbangkan diramalkan akan berlaku.

Ramalan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) bahawa dalam beberapa tahun hadapan berkemungkinan berlaku perubahan pada kutub magnet bumi.

Walaupun sukar dipercayai, misalnya NASA mengatakan bahawa pada tahun 2001 bintang kita ‘matahari’, telah mengalami perubahan kutub tersebut.

Namun kerana jisim matahari seragam dan kita tidak tinggal di sana, manusia secara relatif tidak merasakan perubahan berkenaan.
Bumi diibaratkan sebutir telur yang mana kulit telur merupakan dataran dan lautan tempat kita berpijak manakala cairan telur adalah bahan larva logam cair sementara inti bumi adalah kuning telur yang merupakan logam padat pada suhu tinggi.
Inti bumi inilah yang memiliki medan magnet yang keluar dari Kutub Utara menuju Kutub Selatan yang dikenal dengan Sabuk Van Hallen.
Dalam beberapa dekad akan datang, dinyatakan Kutub Utara telah bergeser dalam darjah yang signifikan tetapi tidak dapat dipastikan bila berlakunya pergeseran di mana Kutub Utara menjadi Kutub Selatan.
Mungkin dalam beberapa tahun atau ratusan tahun akan datang.
Bukan bumi yang berputar, tapi inti bumi dan kerak bumi yang diisi oleh cairan, posisi inti dan kerak yang sebenarnya berputar seperti kuning telur berputar di dalam telur.
Jadi jika ini berlaku apakah kesan terhadap kehidupan di dunia?
Satu hal yang pasti adalah jarum kompas tidak akan lagi menunjuk ke arah utara tetapi ke kutub magnet Utara yang sudah berpindah di Selatan.
Adakah cuma jarum kompas berubah arah?
Senario paling buruk mungkin melibatkan gangguan magnetik yang boleh merosakkan peralatan elektronik, satelit, elektrik atau peranti teknologi lain.
Cuba fikirkan, apabila kutub magnetik Utara bumi ada di Selatan, dari mana Matahari akan terbit?

Sumber: Estidotmy

Monday, December 7, 2009

MOST USEFUL ANIMAL IN THE WORLD

Just a minutes ago, I get this information from my friend (Zahrullail) and I think it is my obligation to give an attention to all my friend and bloggers about this.


babi dan Kegunaannya.jpg


Although this animal is useful, as a muslim, pig is forbidden to be consume or to use it for any kind of purposes. So, beware of it. There are many choices and alternatives way to choose the right stuff with the THOYYIB stuff. Nowadays there are many MUSLIM PRODUCT such Herba Penawar Al-Wahida (HPA that can help people especially Muslim people to consume HALAL Product.


"Searching and consuming HALAL Product is FARDHU for all Muslim People"

Sunday, December 6, 2009

MAKANAN DAN HUKUM

Pengertian Makanan


Al-ath'imah adalah bentuk jama' dan kata tha'aam, maknanya adalah sesuatu yang dimakan dan dicerna, sama ada ia berupa makanan asas atau yang selainnya.


Secara dasarnya semua makanan adalah halal, melainkan yang telah dijelaskan melalui nash/dalil bahawa makanan tersebut haram. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:


"Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi makanan yang halal lagi baik…" (Surah al-Baqarah, 2: 168)


Dalam ayat lain Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:


"Katakanlah, "Tidaklah aku temukan dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, melainkan sekiranya makanan itu adalah bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi (kerana sesungguhnya semua itu kotor) atau binatang yang disembelih untuk selain Allah…"' (Surah al-An'aam, 6: 145)


Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:


"Mengapa kamu tidak mahu memakan (binatang-binatang yang halal) yang disebut Nama Allah ketika menyembelihnya, padahal sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan ke atasmu, melainkan apa yang kamu terpaksa memakannya…"(Surah al-An'aam, 6: 119)


Dengan ini, ia bermaksud:


1 - Makanan yang telah dijelaskan di dalam nash akan kehalalannya, maka ianya adalah halal.


2 - Makanan yang sama sekali tidak disentuh secara langsung oleh nash/dalil, maka ianya juga adalah halal.


3 - Makanan yang telah dijelaskan oleh nash bahawa ianya haram, maka ianya adalah haram.


Secara umumnya, semua makanan adalah halal, melainkan ada nash/dalil yang mengharamkannya.


"Katakanlah, "Terangkanlah kepadaku tentang rezeki yang diturunkan oleh Allah kepadamu, lalu kamu jadikan sebagiannya haram dan (sehagiannya) halal." Katakanlah, "Adakah Allah telah memberikan izin kepadamu (dalam persoalan mengaharamkan dan menghalalkan) atau kamu hanya mengada-adakan sesuatu terhadap Allah?" (Surah Yunus, 10: 59)


Ketentuan awal di dalam pemisahan oleh syara' di antara yang haram dan mubah (harus) dalam segala perkara, sama ada makanan, minuman atau yang selainnya adalah berdasarkan pemisahan di antara yang baik dan buruk.


Ini bermakna, segala perkara yang baik adalah halal hukumnya dan segala sesuatu yang buruk adalah haram hukumnya. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:


"… dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk…" (Surah al-A'raaf, 7: 157)


Di dalam ayat yang lain, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:


"Supaya Allah memisahkan (golongan) yang buruk dan yang baik dan menjadikan (golongan) yang buruk itu sebahagiannya di atas sebahagian yang lain…" (Surah al-Anfal, 8: 37)


Dengan ini, setiap mereka yang benar-benar memahami segala sesuatu yang diharamkan oleh Allah, niscaya dia akan mengetahui bahawa setiap yang diharamkan oleh Allah pasti memiliki kesan negatif terhadap badan atau akal, atau merupakan najis dan sesuatu yang dianggap buruk, atau memiliki hikmah yang lain yang sesuai dengan apa yang telah ditentukan oleh al-Khaliq (sang pencipta).


Berikut adalah kriteria atau bentuk-bentuk makanan yang diharamkan oleh Nash:


1. Bangkai haiwan:


Bangkai adalah semua haiwan yang mati tanpa disembelih dengan betul.


Contohnya:


1 - Al-munkhaniqah: Haiwan yang mati tercekik.


2 - Al-mauqudzah: Haiwan yang mati kerana dipukul (cth: dengan kayu, batang besi, atau seumpamanya)


3 - Al-mutaraddiyah: Haiwan yang mati kerana jatuh dari tempat yang tinggi (mati terhempas).


4 - An-nathihah: Haiwan yang mati serta ditanduk oleh yang lainnya (mati kerana bergaduh sesama sendiri atau disebabkan haiwan yang lain).


5 - Haiwan yang diterkam, iaitu haiwan yang mati kerana diserang atau dicederakan oleh binatang buas. Tetapi sekiranya haiwan yang terluka/cedera itu ditemui sebelum mati lalu sempat disembelih, maka haiwan tesebut adalah halal.




Ciri-ciri di atas telah disebutkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam firmannya (bermaksud):


"Diharamkan ke atas kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh (terhempas), yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, melainkan yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu,) yang disembelih untuk berhala." (Surah al-Ma'idah, 5: 3)


Termasuk di dalam kategori bangkai yang haram dimakan adalah semua bahagian haiwan yang dipotong darinya, padahal haiwan tersebut masih hidup.


Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam:


"Sesuatu yang dipotong dari binatang yang masih hidup adalah bangkai." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2841)


Walau pun begitu, di sana terdapat dua bangkai yang dikecualikan dari hukum di atas, iaitu bangkai ikan (hidupan air) dan belalang. Bangkai keduanya halal dimakan. Ini adalah berdasarkan hadis Ibnu 'Umar radhiyallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:


"Dihalalkan bagi kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah. Dan dua jenis bangkai itu adalah bangkai ikan dan belalang. Manakala dua jenis darah itu pula adalah hati dan limpa." (Hadis Riwayat Ahmad (no.5690). Lihat: Silsilah Hadis ash-Shahihah, no. 1118, Syaikh al-Albani)


2. Darah Yang Mengalir:


"Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah…" (Surah al-Ma'idah, 5: 3)


Akan tetapi, adalah dimaafkan darah yang sedikit yang biasa ada pada badan haiwan sembelihan yang tidak dapat dihilangkan darinya.


Darah yang halal dimakan pula adalah:


Hati dan Limpa kerana ia tidak termasuk darah yang mengalir dan telah dijelaskan melalui hadis berikut:


"Dihalalkan bagi kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah. Dan dua jenis bangkai itu adalah bangkai ikan dan belalang. Manakala dua jenis darah itu pula adalah hati dan limpa." (Hadis Riwayat Ahmad (no.5690). Lihat: Silsilah Hadis ash-Shahihah, no. 1118, Syaikh al-Albani)


3. Babi


Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:


"Diharamkan bagimu (memakan) ban gkai, darah, daging babi…" (Surah al-Ma'idah, 5: 3)


Para ulama telah bersepakat bahawa setiap bahagian dari babi adalah haram. Dan tujuan disebutkan (di dalam al-Qur'an) kata daging bahawa babi adalah haiwan yang biasa disembelih dengan tujuan diambil dagingnya." (Ahkaamul Qur'aan, karya Ibnul 'Arabi)


Demikian pula tidak ada perbezaan pendapat di antara para ulama bahawa lemak dan kulitnya juga adalah haram.


4. Haiwan yang disembelih atas nama selain Nama Allah


Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:


".. (Daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Nama Allah." (Surah al-Ma'idah, 5: 3)


Oleh karena itu, haram hukumnya memakan haiwan yang disembelih oleh seorang musyrik, Majusi dan orang yang murtad. Adapun sembelihan orang Nasrani dan Yahudi (Ahlul Kitab), maka halal dimakan selama mana tidak diketahui bahawa mereka menyebut selain Nama Allah.


Ini telah dijelaskan sebagaimana di dalam firman Allah Subhanahu wa Ta'ala berikut:


"Dan makanan orang-orang yang diberi al-Kitab (ahlul Kitab) itu halal bagi-


mu…" (Surah al-Ma'idah, 5: 5)


lbnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu berkata, "Makna makanan mereka di dalam


ayat ini adalah merujuk kepada sembelihan mereka." (Hadis Riwayat al-Bukhari)


Ibnu Katsir rahimahullah pula menjelaskan di dalam tafsirnya:


"Ibnu 'Abbas, Abu Umamah, Mujahid, Sa'id bin Jubair, 'Ikrimah, 'Atha', al-Hasan, Makhul, Ibrahim an-Nakha'i, as-Suddi, dan Muqatil bin Hayyan mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan Ahli Kitab ialah sembelihan mereka."


5. Daging Keldai Yang Dipelihara


Sebagaimana dijelaskan di dalam hadis Anas radhiyallahu 'anhu:


"…lalu seseorang berseru, "Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya melarang kamu memakan daging keldai peliharaan kerana keldai peliharaan tersebut najis", maka panci-panci (periuk) ditumpahkan (untuk dibersihkan), kerana panci tersebut biasa mendidih dengan dagingnya." (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5528)


Maka, dengan ini juga, ia turut menjelaskan bahawa:


Keldai liar adalah halal dimakan berdasarkan ijma' para ularna.


Dari Abu Qatadah bahawasanya beliau bersama orang-orang yang sedang ihram, sementara dia tidak. Kemudian keldai liar mendatangi mereka, maka Abu Qatadah memburunya (membunuhnya) kemudian menyembelih seekor keldai betina dan sekelompok keldai itu. Maka mereka pun memakannya… (di dalam hadis tersebut dijelaskan bahawa para Sahabat bertanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wa Sallam, lalu Nabi berkata kepada mereka, "Adakah kamu ada membawa sebahagian darinya?" "Kami membawa kakinya", jawab mereka. (Abu Qatadah) berkata, "Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam pun mengambil dan memakannya". (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2854)


Ada pun berkenaan daging kuda, maka ianya adalah halal.


Daripada Jabir bin 'Abdillah radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Pada peristiwa Khaibar kami memakan daging kuda dan keldai liar manakala Nabi melarang kami memakan keldai peliharaan." (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 4219)


6. Daging haiwan dan burung yang buas


Daripada Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu, beliau berkata:


"Rasulullah melarang (memakan) setiap binatang buas yang memiliki taring dan burung yang memiliki kuku tajam." (Hadis Riwayat Muslim, no. 1934)


Dan daripada Abuz Zubair, beliau berkata, "Aku bertanya kepada Jabir tentang wang (hasil penjualan) anjing dan kucing. Maka dia berkata, "Nabi melarangnya"." (Hadis Riwayat Muslim, no. 1569)


7. Haiwan Jallalah (haiwan yang memakan kotor-kotoran)


Jallalah adalah semua jenis haiwan yang memakan najis, tidak kira sama ada ianya unta, lembu, kambing, ayam atau yang serupa dengannya.


Daripada Ibnu 'Umar radhiyallahu 'anhu, beliau berkata, "Rasulullah melarang memakan daging jallalah serta susunya." (Hadis Riwayat Abu Daud, no.3767. Disahihkan oleh al-Albani)


Namun, haiwan jallalah yang pada dasarnya halal, ia masih boleh dimakan dengan beberapa kaedah.


Jika haiwan jallalah dikurung selama tiga hari dan diberi makan dengan sesuatu yang baik, maka haiwan tersebut halal untuk disembelih dan dimakan.


Daripada Ibnu 'Umar radhiyallahu 'anhu bahawasanya ia mengurung ayam yang biasa memakan sesuatu yang najis selama tiga hari." (Hadis Riwayat Ibnu Abi Syaibah, no.4660/8847, hadis ini sahih sebagaimana dijelaskan di dalam al-Irwaa' al-Ghalil, no. 2504, Syaikh al-Albani)


8. Semua jenis haiwan yang diperintahkan syari'at untuk dibunuh


Segala jenis haiwan yang diperintahkan syari'at untuk dibunuh maka haram dimakan dengan kesepakatan seluruh ulama, di antaranya adalah gagak, burung helang, tikus, cicak padang pasir, ular, kala jengking, dan anjing liar (anjing yang tidak liar juga haram dimakan berdasarkan faktor yang lain).


Daripada 'Aisyah radhiyallahu 'anha bahawasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:


"Ada lima binatang berbahaya yang dianjurkan untuk dibunuh di Tanah Haram, (iaitu) tikus, kala jengking, burung helang, burung gagak, dan anjing liar." (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3314)


Daripada Sa'ad bin Abi Waqqas radhiyallahu 'anhu, beliau berkata,


"Nabi memerintahkan untuk membunuh cicak dan menamakannya fuwaisiqa." (Hadis Riwayat Muslim, no. 3238)


Daripada Ibnu Mas'oud radhiyallahu 'anhu, beliau berkata, "Dahulu kami pernah bersama Nabi di dalam sebuah gua dan telah turun kepada beliau surah al-Mursalaat dan kami mengambilnya dari mulut beliau yang masih basah, tiba-tiba keluar seekor ular menghampiri kami, lalu beliau berkata, "Bunuhlah ular itu…" (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1830)


9. Semua jenis binatang yang dilarang syari'at untuk dibunuh


Semua jenis binatang yang dilarang syari'at untuk dibunuh, maka tidak halal untuk dimakan, di antaranya adalah semua jenis binatang yang disebutkan di dalam hadis Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu di mana dia berkata:


"Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam melarang kami membunuh empat jenis binatang, (iaitu) semut, lebah, burung hud-hud dan burung shurad." (Hadis Riwayat an-Nasa'i, 5/189, dan Ahmad, 6/83, dengan sanad yang sahih)


Demikian juga dengan haiwan yang disebutkan di dalam hadis 'Abdurrahman bin 'Utsman, beliau berkata:


"Seorang tabib menyenaraikan ubat untuk Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan menyebutkan katak sebagai ubatnya, lalu Rasulullah melarang untuk membunuh katak." (Hadis Riwayat Ahmad, 3/453)


10. Semua jenis haiwan khabitsaat


Haiwan Khabisaat adalah haiwan yang berbahaya seperti memiliki bisa/racun, atau bahan kimia tertentu yang memudharatkan.


Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:


"Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi makanan yang halal lagi baik…" (Surah al-Baqarah, 2: 168)


"… dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk…" (Surah al-A'raaf, 7: 157)


Sumber : Fiqh Sunnah

PENGGUNAAN MASYAALLAH

Jangan silap guna ucapan Masya Allah.

Didapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz 'MasyaAllah' ketika berada dalam situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contoh terlihat gambar-gambar yang tidak elok atau bila anak-anak kita buat perangai nakal.

Sebenarnya istilah 'MasyaAllah' bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG.

Mengikut buku 'What Do We Say' by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah 'MasyaaAllah' bila kita melihat 'something nice' seperti melihat bayi/kanak-kanak yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya.


Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah 'Astagfirrullahhalazim' (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun 'Innalillah' (Kepada Allah kita kembali).



Moga ada manfaatnya.

Friday, December 4, 2009

DOA KHUSUS : ELAK ROGOL DAN AMALAN SEHARIAN

Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak

Di Rogol & Cabul

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Moga DiPelihara

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

12 Ramadhan 1428 H

24 September 2008

P/S ; DIBENARKAN SEMUA PIHAK UNTUK MENGEDARKAN TULISAN INI. SAYA MEMBERIKAN KEIZINAN MALAH GALAKKAN.

Tuesday, November 24, 2009

SELAMAT HARI RAYA KORBAN DARI XCALLIBUR


Salam Aidiladha saya ucapkan kepada semua Umat Islam di dunia. Moga ALLAH memberi limpah kurnia dan dimurahkan rezeki hendaknya. AMIN.


Ampun maaf dipinta andai ada tersilap kata dan perbuatan.


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.

Saturday, November 7, 2009

Teladan Kisah Benar 1

Kalau ALLAH itu Maha Baik, Mengapa Buat Neraka?
Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..


Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Assalamu'alaikum. "

Tuesday, November 3, 2009

Imej Rasulullah S.A.W atas aksesori


Polik bebenor ni. Lepas Denmark buat, negara jiran kita lak nak buat. ish..memalukan betul.. Banyak dah benda2 pelik yang kita lihat sebelum nih untuk menghina atau menjatuhkan agama Islam.Sebelum ni pon kita dikejutkan dengan beberapa blog individu yang tidak bertanggungjawab ingin menghina Nabi Muhammad S.A.W dengan beberapa gambar yang boleh membangkitkan kemarahan umat islam diseluruh dunia. Tapi kali ni,kita dikejutkan pula dengan pin Nabi Muhammad S.A.W. Mengikut info yang aku dapat berkenaan gambar dekat atas ni,Pin Nabi Muhammad itu Dijual di Indonesia (Indon lagi.Huh!) dengan harga Rp 20.000 (RM7.20).

Pin itu berbentuk bulat dengan diameter sekira 5 sentimeter. Warna permukaan pin itu hijau muda. Pada pin itu, wajah Nabi Muhammad saw dilukiskan begitu tampan dan mempesonakan dengan berhidung mancung sert berjanggut,Bergigi rata dengan bibir sempurna, tidak tipis maupun tebal.

Matanya juga digambarkan sempurna, dengan bola mata berwarna cokelat.
Kepalanya tertutup dengan sorban putih bergaris-garis hijau. Di sebelah telinga kanan keliharan gulungan sorban yang menyerupai kembang. Gambar hanya tampak sampai leher saja. Di bawah gambar, ada tulisan arab berbunyi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Alihi Wassalam.

Tulisan Muhammad Rasulullah berhuruf besar. Hampir sepuluh kali lebih besar dibandingkan tulisan Sallallahu Alaihi Wa Alihi wa Sallam (cara penyebutan penganut Syiah terhadap Rasulullah saw).

Adush..rasa malas plak aku nak translate dr bhasa indon ke malay ni.Bahasa Pekat sangat teruk aku nk paham..!kalau korang nak tau lebih lanjut lagi info pasal pin nih,boleh tinggalkan email korang dekat ruangan komen.Aku boleh 4wardkan.

p/s: Mari sama2 kita renung sejenak tentang gambar dekat pin tuh..huhu!

Siri Doa 1: Doa Secara Perlahan

Al-A’raf [55] Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.

Al-A’raf [205] Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya) dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

Maryam [3] (Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan

Wirid harian

-seperti ayat di atas, berzikirlah pada waktu pagi dan petang…iaitu:-

  • Istigfar setiap pagi 100x
  • Baca surah Al-Ikhlas 100x setiap petang

- Baca surah al-mulk atau sajadah atau yassin sebelum tidur, lepas seksa azab kubur

Nabi suka orang yang ada surah Al-Mulk di dadanya (hafal surah Al-Mulk)

Malaikat baca surah Al-Ikhlas bila arasy bergoyang. Bila Allah murka dengan maksiat yang berlaku, arasy bergoyang. Baca surah Al-Ikhlas 10 kali selepas Subuh boleh menahan dosa yang akan dilakukan pada hari itu.

Doa : Pengenalan

Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:


Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

Doa Harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayat baginda.

Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam Bahasa Arab, maka disarankan kepada pembaca agar mempelajari bacaan teks doa atau zikir daripada orang yang boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat yang dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat bahasa arab juga adakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya dengan sepenuhnya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kelebihan oleh Allah dengan "Jawami Al-Kalim" iaitu ucapan yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa dan zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiap bacaan agar menambahkan rasa khusyuk sewaktu membacanya.

Doa dalam bahasa arab, berasal dari kata ( دَعَا - يَدْعُو - دَعْوَة ) yang bererti, memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda,urusan dunia, agama dan akhirat. Meminta turunnya rahmat dan terhindar dari bencana.

Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam beberapa ayat dan surah, mempunyai beberapa erti yang berbeza kandungan dan makna dari ayat-ayatnya dengan perbezaan susunan kalimat-kalimatnya pula.

Umpamanya:

a. Doa yang bererti ibadah atau menyembah. Sebagaimana firman Allah:

Dan jangan kamu berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat kepadamu...
(Surah Yunus ayat 106)

b. Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti Firman Allah:

...dan minta tolonglah kepada saksi-saksimu (sekutu-sekutumu) selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.
(Surah Al-Baqarah ayat 23)

c. Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:

...mintalah kepadaKu, akan Ku perkenankan pintamu...
(Surah Al-Mukmin ayat 60)

d. Doa yang bererti An-Nidaa' (panggilan). Seperti Firman Allah:

Iaitu pada hari DIa memanggil kamu...
(Surah Al-Isra' ayat 52)

e. Doa yang bererti Ath-Thana' (pujian). Seperti Firman Allah:

Katakanlah Pujilah Allah atau Pujilah Ar-Rahman...
(Surah Al-Isra' ayat 110)

f. Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:

Ucapan mereka di dalamnya ialah: Maha Suci Ya Allah...
(Surah Yunus ayat 10)

Apa itu Wahabi??

'Fahaman Wahabi Berasaskan Pemikiran Ibnu Taimiyyah' Oleh: Ghafani Awang Teh (JAKIM)

Gerakan Wahabi diasaskan oleh Imam Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703 – 1791 M) lahir di Uyaynah utara Riyadh di daerah Nejad Arab Saudi. Bapanya adalah seorang qadhi di Nejad yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Selain berguru dengan bapanya beliau juga berguru dengan ulama-ulama Ahlu Sunnah Wal-Jamaah di Mekah dan Madinah. Gurunya yang terkenal di Madinah ialah Syeikh Muhammad Hayat yang menulis kitab Al-Hashiyah ‘Ala Sahih al-Bukhari.

Imam Muhammad bin Abdul Wahhab merupakan seorang ulama’ yang banyak dipengaruhi Mazhab Hanbali tetapi pegangan tauhidnya berasaskan fikrah Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim yang juga bermazhab Hanbali. Beliau tertarik dengan pemikiran dua pemikir dan cuba menghidupkan kemabli konsep pemikiran Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim.

Ibnu Taimiyyah ( 1263 – 1328 M) adalah seorang pemikir besar umat Islam. Pemikiran Ibnu Taimiyyah menimbulkan bantahan beberapa ulama berfahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang sedang menguasai pemikiran akidah pada masa itu sehingga ia di penjara, dilarang menulis dalam penjara dan akhirnya meninggal dunia dalam penjara di Damshik Syiria. Ibnu Qayyim (1292 – 1350 M) adalah juga murid kepada Ibnmu Taimiyyah.

Secara umumnya Syeikh Mohammad bin Abdul Wahab muncul ketika pengaruh Mazhab Hanbali sedang merosot dan umat Islam pada masa itu banyak melakukan pencemaran akidah seperti khurafat, bid’ah dan wakil gabenor Turki pula terlibat dengan rasuah. Beliau telah melancarkan reformasi dan pembaharuan di semenanjung Arab dalam usaha membersihkan mengembalikan umat Islam kepada ajaran sebenar al-Quran dan Hadis Sahih Rasulullah s.a.w. Usahanya mendapat sokongan beberapa pemimpin kabilah Arab di Nejad.

Berasaskan gerakan reformasi inilah maka ia beruasaha menghapuskan rasuah, segala macam bid’ah, khurafat dan pelbagai perbuatan yang membawa kepada syirik. Penegak-penegak fahaman Wahabi ini juga menamakan fahaman mereka sebagai kumpulan Salafi iaitu kumpulan yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab seperti mana yang berlaku di zaman Rasulullah dan kepimpinan sahabat-sahabat selepasnya.

Bagaimana pun terdapat juga penganalisis politik Arab bahawa gerakan Wahabi ini lahir sebagai usaha untuk membebaskan bangsa Arab dari pemerintahan Kerajaan Uthmaniah Turki yang menguasai negara Arab pada masa itu. Muhammad bin Saud (pengasas pemerintah Kerajaan Arab Saudi sekarang) telah memimpin kabilah Arab dan mendapat sokongan British berjaya memerintah Arab Saudi. Muhammad bin Saud dan pengasas fahaman Wahabi itu telah bersatu dalam usaha mengukuhkan kepentingan masing-masing dan usaha mereka berjaya. Kerajaan Uthmaniah Turki gagal mengawal kebangkitan Muhammad bin Saud dan perkembangan gerakan Wahabi kerana sibuk memnperkukuhkan penyebaran Islam di Eropah.

Menurut sumber sejarah ulama Mekah dan Madinah pada awalnya menentang fahaman Wahabi di mana berlaku isu kafir mengkafir yang hebat di antara ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan ulama Wahabi. Bagaimana pun gerakan Wahabi berjaya menawan dua tempat suci itu maka bermulalah fahaman itu bertapak kukuh.

Pada prinsipnya fahaman Wahabi ini membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan hadis sebulat-bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka serta ditegaskan dengan pendirian keras pergerakan itu. Mereka juga dikatakan menolak fahaman 4 Mazhab utama serta pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Menurut K.H Sirajudin Abbas seorang ulama besar Indonesia dalam buku 40 Soal-Jawab Agama menyatakan konsep moden fahaman Wahabi antaranya adalah seperti berikut:

. Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan oleh Ibnu Taimiyyah.

. Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab malah boleh menampal antara satu sama lain (Talfiq).

. Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias.

. Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan).

. Melarang ziarah kubur walaupun maqam Rasulullah s.a.w. Kerajaan Arab Saudi membenarkan Jemaah Haji dan Umrah menziarah Maqam Rasulullah itu adalah atas dasar menziarahi Masjid Nabawi.

. Menghancurkan tugu-tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik.

. Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya.

. Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Isra’ Mikraj dan lain-lain.

Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya.

. Fahaman Asa’ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh.

. Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah.

. Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah.

. Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan tetapi boleh baca dengan lurus sahaja.

. Menghadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang.

. Amalan tariqah dilarang sama sekali.

. Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras.

Fahaman Wahabi menjadi pegangan Kerajaan Arab Saudi yang menguasai Masjidil Haram Mekah dam Masjid Nabawi Madinah. Berdasarkan penguasaan dua tempat suci ini maka fahaman Wahabi terus bertapak kukuh. Malah Kerajaan Arab Saudi menjadi negara Islam paling banyak menyumbangkan dana-dana untuk perkembangan dakwah dan syiar Islam di seluruh dunia.

Di negara kita Kerajaan Perlis Indera Kayangan satu-satunya negeri yang tidak berpegang kepada mana-mana mazhab. Mereka mendakwa berpegang kepada al-Quran dan hadis sahih sepenuhnya seperti mana yang diamalkan di Arab Saudi. Terdapat kalangan pelajar Malaysia yang belajar di Arab Saudi dan mahir dalam selok belok hukum tertarik dengan fahaman Wahabi dan mengembangkannya di Malaysia.

Penerapan fahaman Wahabi di kalangan umat Islam di negara ini yang sejak berkurun lama berakar umbi dengan Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah telah menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam. Manakala bagi orang awam yang kurang mahir dalam selok belok mazhab maka lebih baik bertaqlid dengan pegangan mazhab sedia ada.

Hakikatnya fahaman Wahabi tidak membawa pemikiran baru tentang akidah. Mereka hanya mengamalkan apa yang telah dikemukakan oleh Ibnu Taimiyyah dalam bentuk yang lebih keras berbanding apa yang diamalkan oleh Ibnu Taimiyyah sendiri. Perkembangan fahaman Wahabi dan penerapan mazhab lain dalam masyarakat Islam di negara ini tidak dapat dielakan kerana kesan pengglobalan ilmu di dunia hari ini.

Malah dalam penghayatan muamalah dan sisitem perbankan Islam di negara ini dan di dunia sekarang banyak menggunakan kaedah yang terdapat dalam Mazhab Hanafi.

Kesimpulannya dari segi tauhid fahaman Wahabi bukan ajaran baru dan juga tidak termasuk antara 73 cabang ajaran sesat seperti mana yang dijelaskan ulama berdasarkan huraian hadis penjelasan 73 ajaran sesat itu.

Tarikh : 23 Disember 2006
Sumber : Pengarah Bahagian ILIM
Editor : PRO JAKIM

Tuesday, October 20, 2009

Peringatan Pada yang Leka

Menurut majalah MANAR ISLAM,

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata... Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab. Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri....

Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.... Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yan g benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'

Subject: Manusia , Malaikat , Syaitan ...

Manusia - Eh, dah subuh dah? Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.
Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia. .
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah? Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?


..... Assalamualaikum ....... Mesti korang terkejutkan..neway , just bace dulu n evaluate it later... Allah sahaja yang tahu kebenarannya. [Bukti kebenaran Al-Quran. Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan 1999/2000 tahun gambar itu diambil oleh NASA.] *

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun.... sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066 ... *

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi... Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.... *

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007.... Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066 ... *

Wallahu'alam... Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri... Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini.. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang jangan risaula..aman dunia akhirat..sama-sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam.

P/s : plz sebarkan msg nie kat semua kgkawan kite yg beragama Islam... Wallahua'lam.
.

Sunday, June 7, 2009

PEPSI & COCA COLA Contain Pork???


Pepsi and Coca Cola contains extract from Pork (Pig)
Most of the people avoid Pepsi and Coca-Cola for various reasons:-
because of harmful chemical contents such as excessive carbonates, etc.

Now there is yet another reason which is more dangerous. The scientific and medical research says that drinking Pepsi & Cola leads to cancer

because the key element is taken from Pigs sausage.
The pig is the only animal that eats dirt, dung and urine, which makes lethal
and deadly fabric polluted germs and microbes.


According to a report published in Jordanian magazine, the Head of Delhi University Science and Technology , Dr. Mangoshada scientifically proved that the key element in Pepsi and Cola contains extract from the intestines of Pig which causes cancer and other deadly diseases.

The Indian university conducted tests on the impact of drinking Pepsi and Coca Cola which proved that drinking them lead to more rapid heart rate and low pressure.
Also drinking 6 bottles of Pepsi or Cola at a time causes instant death. It also contains chemicals such as carbonic and phosphoric acids, citric acid which harms teeth and causes bone fragility. Bones kept in the Cup of Pepsi melts during the week knowing that the bones of the dead remain in the grave for thirty years.
Research itself confirmed that the calcium dissolved in Pepsi and it weakens the bladder, kidneys, kills the pancreatic, leads to diabetes and infectious diseases.

Pepsi or Coca-Cola lovers, you have nothing to worry as it is not the only drinks available on this earth, as we have other healthy alternatives such as natural fruit juices, canned coconut water, flavored milks, buttermilk etc., all of them are conveniently available even in the small stores.

Affiliate terhebat !!