Saturday, January 16, 2010

Pindaan Akta Hak Cipta: Miliki Sekeping VCD Cetak Rompak Boleh Dikena Tindakan



BUTTERWORTH, 16 Jan (Bernama) -- Orang ramai yang memiliki walau hanya sekeping cakera video digital (DVD) atau cakera padat video (VCD) cetak rompak boleh dikenakan tindakan undang-undang selepas Akta Hak Cipta dipinda tidak lama lagi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu termasuk dalam rangka cadangan pindaan akta berkenaan yang sedang diteliti oleh kementerian itu.

"Di bawah Akta Hak Cipta (sedia ada), menjual salah tetapi membeli sekeping DVD atau VCD cetak rombak tidak salah, sepatutnya kalau jual salah, beli pun salah juga," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kesedaran Kepenggunaan di sini, pada hari Sabtu.

Beliau berkata di bawah peruntukan akta sedia ada, hanya mereka yang memiliki tiga keping atau lebih DVD atau VCD cetak rompak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Katanya cadangan pindaan akta itu bagi mengawal penjualan DVD dan VCD cetak rompak di negara ini.

Selain itu, katanya melalui cadangan pindaan akta itu juga, pemilik premis yang menjual DVD dan VCD cetak rompak juga boleh dikenakan tindakan.

Bagaimanapun, beliau berkata bentuk tindakan bagi kedua-dua kesalahan itu sedang diperincikan oleh kementerian itu.

Katanya pindaan akta itu dijangka dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat Mac ini.

"Ini adalah cadangan di peringkat kementerian, kita kena kemukakan cadangan itu kepada Pejabat Peguam Negara, kemudian ke Kabinet dan jika tiada sebarang masalah kita akan bentangkan di Parlimen seterusnya dilulus dan diwartakan," katanya.

Selain itu, katanya empat lagi akta akan dipinda iaitu Akta Perlindungan Pengguna, Akta Jualan Langsung, Akta Kawalan Harga dan Akta Sewa Beli.

Katanya akta baru iaitu Akta Persaingan juga akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.

ACARA LUKIS GAMBAR ANAK KHINZIR



PEDANG SAMURAI

Harga samurai yang paling murah sekitar RM 1 Juta ( kira-kira 12-15 inchi panjangnya).

Kekuatan Pedang Samurai ini terletak pada bahan mentah pedang dan proses membikinnya.

Ada juga dikatakan diambil dari batu petir (batu komet) yang jatuh dari langit.

Bahan Pedang Samurai mengandungi Titanium, iaitu sebuah unsur kimia.

Proses membikinnya pula orang yg membuatnya tidak boleh tidur selagi pedang samurainya belum siap.

Titanium yang paling terkenal kuat hanya mempunyai 60% berat sahaja. Sifat Titanium mirip dengan Zirconium secara kimia dan fizik.

Sifat yang baik dari Zirconium adalah sangat keras. Sedangkan keunikan sifatnya yang jarang dimiliki oleh material/bahan lain adalah jika Zirconium mengalami lenturan atau pukulan material/bahan ini akan semakin keras. Hal ini disebabkan Zirconium yang terkena lenturan akan muncul tegangan sisa dari dalam dirinya.

Proses membuat pedang Samurai sama dengan teknologi pembuatan keris iaitu dengan cara dilipat-lipat pada suhu tinggi . Lipatan-lipatan inilah yang membuat bahan pedang samurai menjadi semakin baik kualitinya

Teknik Mengurangkan Nyamuk

Teknik baru, murah dan mudah. Boleh cuba ni..

1. Untuk mengelakkan nyamuk bertelur di tempat takungan air kita seperti di tangki air, kolam hiasan di halaman rumah dan sebagainya ialah dengan meletakan wang syiling 1 sen di dalamnya. Katanya syarikat penyelidikan di Jepun mengatakan telur nyamuk akan hancur apabila bercampur dengan tembaga.

2. Untuk menghalau nyamuk lebih efisien dan selamat dari semburan penyembur nyamuk di pasaran kerana jika berlebihan menggunakannya boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Elakkan daripada terkena mata ataupun badan. Seeloknya berhati2.

Ada artikel bahasa inggeris yang mengatakan dengan semburan menggunakan Listerine lebih berkesan menghalau nyamuk. Mungkin benar mungkin tidak. Nak tau kena cuba.

Cubalah! Kalau tak jadi kena demam denggi ke apa jangan marah saya lak. Just berkongsi info.