Monday, November 2, 2009

Bebola daging seberat 222.5 paun


222.5 paun! Itulah berat sebiji bebola daging paling besar yang dihasilkan oleh sebuah restoran Itali di Concord, New Hamphire.

Matthew Mitnitsky, tuan punya restoran tersebut berkata, bebola daging "gergasi" itu dikesahkan sebagai bebola paling besar oleh pegawai-pegawai pencatat rekod.

Menurut laporan media, pegawai Buku Rekod Dunia Guinness mengesahkan saiz bebola daging yang terbesar itu berjaya memecahkan rekod dunia.

Pegawai itu mempersembahkan Mitnisky dengan satu plak.

Rekod lama seberat 198.6 paun baru dicatatkan sebulan lalu selepas hos program bicara, Jimmy Kimmel nekad untuk memecahkan rekod di Mexico.

Rekod seberat 109 paun dicatatkan pada Ogos lalu.

Mitnisky berkata dia terlibat "untuk 'membawa balik bebola daging' ke Pantai Timur kerana rekod itu berasal dari situ." AP

No comments:

Post a Comment

Comment and Opinion