Monday, October 12, 2009

Stephen Gately (Boyzone) 'pass away'


Ahli kumpulan , , dilaporkan meninggal dunia ketika tidur, pada hari Sabtu lepas, sewaktu dalam percutian di Pulau Majorca, pantai timur Sepanyol.

Menurut sumber yang memberitahu News of the World, Gately sebelum itu keluar untuk minum.

“Dia keluar untuk pergi minum dan kemudian balik, tertidur dan terus tidak bangun-bangun lagi,” kata sumber itu.


Menurut laporan beberapa portal berita, empat ahli kumpulan yang popular sekitar era 90an ini iaitu Ronan Keating, Mikey Graham, Shane Lynch dan Keith Duffy dijangka akan berlepas ke Majorca.

menghasilkan beberapa buah album sebelum berpecah pada tahun 2000. Populariti mereka seiring dengan ‘boybands’ lain ketika itu seperti Backstreet Boys dan N’Sync.

bagaimanapun bergabung semula untuk menjayakan konsert siri jelajah pada tahun 2007.

Pada tahun 1999, Gately, 33, mengaku bahawa dia adalah seorang gay. Dia dan pasangannya, Andrew Cowles berkahwin di dalam satu upacara sivil tertutup di London pada tahun 2006.

Gately meneruskan karier solonya setelah berpecah dan pernah membintangi teater.

- Allah itu Maha Besar dan Maha Mengetahui

No comments:

Post a Comment

Comment and Opinion

Affiliate terhebat !!