Monday, October 12, 2009

Masjid Cina Pertama di Melaka

MELAKA: Sebuah masjid Cina muslim yang pertama di Melaka akan dibina awal tahun depan dengan kos lebih RM9 juta dan mampu memuatkan 2,000 jemaah.

Pengerusi Persatuan Tionghua Muslim Melaka (Pertim), Mohd Mansor Yap Abdullah, berkata masjid yang akan dibina di atas tapak seluas 2.8 hektar di Krubong itu menggunakan sepenuhnya konsep senibina masjid yang diadaptasi daripada masjid di China.

"Pembangunan keseluruhan yang dicadangkan ialah bangunan masjid dan sebuah kompleks yang menempatkan kemudahan seperti pusat kesenian, restoran makanan cina dan sekolah," katanya kepada pemberita di pejabat Pertim di sini, hari ini.

Ruang dewan utama masjid itu boleh memuatkan 1,000 jemaah manakala ruang solat terbuka boleh menampung 1,000 lagi jemaah.

Mohd Mansor berkata, terdapat 5,000 orang Cina muslim di Melaka dan lebih 1,000 daripadanya adalah anggota Pertim. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Comment and Opinion