Thursday, December 3, 2009

BERITA SAHIH / RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK 0.01%

BERITA SAHIH / RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK 0.01%


LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan
menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita
menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.
Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena
dan Lucozade selepas penggun! a mendapati ramuan perisa air minuman itu
mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan
tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan
arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar
yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa
semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan
yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers,
sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya
; selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya
mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan
Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu
Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka
sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa
terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam
makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label. "Kita
amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan
seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya," katanya.

Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman
Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa
minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.
Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan
pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi
penyediaan makanan itu dinyatakan. "Sesetengah bahan perasa mengandungi
lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna
dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami," katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika
dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa
yang disediakan untuk Ribena. – Agensi

No comments:

Post a Comment

Comment and Opinion

Affiliate terhebat !!