Wednesday, November 4, 2009

Siri Doa 2: Doa Penggerak

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

Sumber: Darussyifa' Online

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;

Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;
1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal3. Berbahaya4. Melarat, Bertambah Payah


Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini

Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya,
insya'Allah

Tuesday, November 3, 2009

Widget Facts and Weirds

Untuk dapatkan informasi menarik dengan mengetahui input-input terkini daripada web saya, sila dapatkan widget ini di alamat url ini:

http://www.widgetbox.com/widget/facts-and-weirds

Sila add widget ini di dalam web/blog atau laman sosial anda.

Umur 19 = Professor?


ari adik adik,kakak kakak,abg abg,pakcik pakcik,nenek nenek kita lihat professor wanita termuda dunia.Walaupun umurnya baru mencecah 19 tahun,tetapi disebabkan otak dia yg geliga sangat ni,maka dia pun telah dinobatkan professor termuda dunia.wau!

Siapakah gerangan tuan punya badan yang dimaksudkan ni?Mengikut nama pada IC dia (eh ada IC ka dia ni?)..haha..dia dikenali sebagai Alia Sabur yang berasal dari Northport, New York, Amerika Syarikat (AS).

Kenapa dia ni istimewa sangat?mengikut info yang aku dapat,Dia ni mula berbicara dan membaca ketika masih berumur 8 bulan dan dapat menyelesaikan pendidikan SD pada usia 5 tahun.Pada usia 10 tahun,dia dah mula masuk ke Universiti Dan pada umur 14 tahun, Alia meraih gelaran sarjana sains dalam bidang matematik aplikasi dari Universiti Stony Brook serta dinobatkan wanita paling muda dalam sejarah AS yang berjaya melakukannya.

Pendidikan yang dikecapi Alia bukan setakat tu ja,dia telah melanjutkan ke Universiti Drexel dan meraih gelar M.S. dan Ph.D. dalam sains dan engineering.Huhu..memang cerdik habis budak ni!haishh

"Saya benar-benar senang mengajar,","Ini hal di mana Anda biasa membuat perberzaan. Ini bukan cuma apa yang biasa Anda lakukan, tapi Anda biasa membuat banyak orang menjadi berbeza," Antara kata2 Alia kepada umum

Mengikut info yang aku dapat,Alia ni bukan ja cemerlang dalam bidak akademik,tetapi juga aktif dalam bidang sukan.Alia merupakan pemain muzik dan pemegang tali pinggang hitam Taekwondo.huhuh

Kalau sapa2 yang berani nak ragut dia,try la tengok..heheh

Tips Tahan Lama - 18PL


Ok,first sekali aku nak ucapkan terima kasih dekat korang2 semua sebab berminat nak tau tips2 "tahan" lama nih.

Apa yang ada dalam fikiran aku tentang korang semua yang berminat nak baca tip ni adalah mungkin korang semua tengah "ghairah" atau "gersang" disebabkan beberapa punca.

Puncanya?aku rasa korang mesti tau kot..so,saranan aku adalah lebih baik korang baca tip2 nih mungkin berguna dekat korang bila sudah sampai seru..

KELAPA PARUT Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.Gunakan sebelah pada 31 December 2009. Dan sebelah lagi pada 1 January 2010... Wah...tahan sampai 2 tahun kan ?

NASI/LAUK Biar tahan lebih lama,Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS Kalau untuk lebih 'tahan lama',Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa....

PAKAIAN Nak tahan lama jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach.Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.Jangan bawa mandi kat beach.Gantung bila disimpan.Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.Kalau nak tahan lagi lama
PINJAMLAH BAJU MEMBER...BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA Nak tahan lama.Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2.. jangan bagi angin masuk.jangan bagi abuk masuk.. jangan bagi wap air masuk.bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.

KENYANG Kalau nak tahan lama,Sebelum makan - baca bismillallah dan doaAkhir makan - doa dan ucap alhamdullillah. ..

UMUR Umur nak tahan lama?Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah.

ROKOK nak tahan lama?Jangan hisapplah... ...!!!!, letak atas meja dan pandang saja.Tak pun hisap rokok kawan.rokok sendiri simpan.hehe

TIDUR Nak tahan lama tak tidur malam .Rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan,Jujur dan ikhlas je!!!!

Tahniah!tahniah!tahniah!
korang suka betul kalau bab-bab nak tahan lama nie, ya? :P

Akhir kata,SELAMAT BERTAHAN LAMA!

Imej Rasulullah S.A.W atas aksesori


Polik bebenor ni. Lepas Denmark buat, negara jiran kita lak nak buat. ish..memalukan betul.. Banyak dah benda2 pelik yang kita lihat sebelum nih untuk menghina atau menjatuhkan agama Islam.Sebelum ni pon kita dikejutkan dengan beberapa blog individu yang tidak bertanggungjawab ingin menghina Nabi Muhammad S.A.W dengan beberapa gambar yang boleh membangkitkan kemarahan umat islam diseluruh dunia. Tapi kali ni,kita dikejutkan pula dengan pin Nabi Muhammad S.A.W. Mengikut info yang aku dapat berkenaan gambar dekat atas ni,Pin Nabi Muhammad itu Dijual di Indonesia (Indon lagi.Huh!) dengan harga Rp 20.000 (RM7.20).

Pin itu berbentuk bulat dengan diameter sekira 5 sentimeter. Warna permukaan pin itu hijau muda. Pada pin itu, wajah Nabi Muhammad saw dilukiskan begitu tampan dan mempesonakan dengan berhidung mancung sert berjanggut,Bergigi rata dengan bibir sempurna, tidak tipis maupun tebal.

Matanya juga digambarkan sempurna, dengan bola mata berwarna cokelat.
Kepalanya tertutup dengan sorban putih bergaris-garis hijau. Di sebelah telinga kanan keliharan gulungan sorban yang menyerupai kembang. Gambar hanya tampak sampai leher saja. Di bawah gambar, ada tulisan arab berbunyi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Alihi Wassalam.

Tulisan Muhammad Rasulullah berhuruf besar. Hampir sepuluh kali lebih besar dibandingkan tulisan Sallallahu Alaihi Wa Alihi wa Sallam (cara penyebutan penganut Syiah terhadap Rasulullah saw).

Adush..rasa malas plak aku nak translate dr bhasa indon ke malay ni.Bahasa Pekat sangat teruk aku nk paham..!kalau korang nak tau lebih lanjut lagi info pasal pin nih,boleh tinggalkan email korang dekat ruangan komen.Aku boleh 4wardkan.

p/s: Mari sama2 kita renung sejenak tentang gambar dekat pin tuh..huhu!

Amazing Rubber Ball

American Joel Waul leans on his rubber band ball - the biggest in the world - in the driveway of his home. He has spent the last six years making it

10 tips to be healthy

10 Essential Health Tips
(The Basics to Practice Every Day)


"He who has health has hope, and he who has hope has everything." -Arabian Proverb

1. Move More
Make it a daily challenge to find ways to move your body. Climb stairs if given a choice between that and escalators or elevators. Walk your dog; chase your kids; toss balls with friends, mow the lawn. Anything that moves your limbs is not only a fitness tool, it's a stress buster. Think 'move' in small increments of time. It doesn't have to be an hour in the gym or a 45-minute aerobic dance class or tai chi or kickboxing. But that's great when you're up to it. Meanwhile, move more. Thought for the day: Cha, Cha, Cha…. Then do it!

2. Cut Fat
Avoid the obvious such as fried foods, burgers and other fatty meats (i.e. pork, bacon, ham, salami, ribs and sausage). Dairy products such as cheese, cottage cheese, milk and cream should be eaten in low fat versions. Nuts and sandwich meats, mayonnaise, margarine, butter and sauces should be eaten in limited amounts. Most are available in lower fat versions such as substitute butter, fat free cheeses and mayonnaise. Thought for the day: Lean, mean, fat-burning machine…. Then be one!

3. Quit Smoking
The jury is definitely in on this verdict. Ever since 1960 when the Surgeon General announced that smoking was harmful to your health, Americans have been reducing their use of tobacco products that kill. Just recently, we've seen a surge in smoking in adolescents and teens. Could it be the Hollywood influence? It seems the stars in every movie of late smoke cigarettes. Beware. Warn your children of the false romance or 'tough guy' stance of Hollywood smokers. Thought for the day: Give up just one cigarette…. the next one.

4. Reduce Stress
Easier said than done, stress busters come in many forms. Some techniques recommended by experts are to think positive thoughts. Spend 30 minutes a day doing something you like. (i.e.,Soak in a hot tub; walk on the beach or in a park; read a good book; visit a friend; play with your dog; listen to soothing music; watch a funny movie. Get a massage, a facial or a haircut. Meditate. Count to ten before losing your temper or getting aggravated. Avoid difficult people when possible. Thought for the day: When seeing red, think pink clouds….then float on them.

5. Protect Yourself from Pollution
If you can't live in a smog-free environment, at least avoid smoke-filled rooms, high traffic areas, breathing in highway fumes and exercising near busy thoroughfares. Exercise outside when the smog rating is low. Exercise indoors in air conditioning when air quality is good. Plant lots of shrubbery in your yard. It's a good pollution and dirt from the street deterrent. Thought for the day: 'Smoke gets in your eyes'…and your mouth, and your nose and your lungs as do pollutants….hum the tune daily.

6. Wear Your Seat Belt
Statistics show that seat belts add to longevity and help alleviate potential injuries in car crashes. Thought for the day: Buckle down and buckle up.

7. Floss Your Teeth
Recent studies make a direct connection between longevity and teeth flossing. Nobody knows exactly why. Perhaps it's because people who floss tend to be more health conscious than people who don't? Thought for the day: Floss and be your body's boss.

8. Avoid Excessive Drinking
While recent studies show a glass of wine or one drink a day (two for men) can help protect against heart disease, more than that can cause other health problems such as liver and kidney disease and cancer. Thought for the day: A jug of wine should last a long time.

9. Keep a Positive Mental Outlook
There's a definitive connection between living well and healthfully and having a cheerful outlook on life. Thought for the day: You can't be unhappy when you're smiling or singing.

10. Choose Your Parents Well
The link between genetics and health is a powerful one. But just because one or both of your parents died young in ill health doesn't mean you cannot counteract the genetic pool handed you. Thought for the day: Follow these basic tips for healthy living and you can better control your own destiny.

Siri Doa 1: Doa Secara Perlahan

Al-A’raf [55] Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.

Al-A’raf [205] Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya) dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

Maryam [3] (Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan

Wirid harian

-seperti ayat di atas, berzikirlah pada waktu pagi dan petang…iaitu:-

  • Istigfar setiap pagi 100x
  • Baca surah Al-Ikhlas 100x setiap petang

- Baca surah al-mulk atau sajadah atau yassin sebelum tidur, lepas seksa azab kubur

Nabi suka orang yang ada surah Al-Mulk di dadanya (hafal surah Al-Mulk)

Malaikat baca surah Al-Ikhlas bila arasy bergoyang. Bila Allah murka dengan maksiat yang berlaku, arasy bergoyang. Baca surah Al-Ikhlas 10 kali selepas Subuh boleh menahan dosa yang akan dilakukan pada hari itu.

Doa : Pengenalan

Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:


Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

Doa Harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayat baginda.

Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam Bahasa Arab, maka disarankan kepada pembaca agar mempelajari bacaan teks doa atau zikir daripada orang yang boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat yang dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat bahasa arab juga adakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya dengan sepenuhnya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kelebihan oleh Allah dengan "Jawami Al-Kalim" iaitu ucapan yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa dan zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiap bacaan agar menambahkan rasa khusyuk sewaktu membacanya.

Doa dalam bahasa arab, berasal dari kata ( دَعَا - يَدْعُو - دَعْوَة ) yang bererti, memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda,urusan dunia, agama dan akhirat. Meminta turunnya rahmat dan terhindar dari bencana.

Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam beberapa ayat dan surah, mempunyai beberapa erti yang berbeza kandungan dan makna dari ayat-ayatnya dengan perbezaan susunan kalimat-kalimatnya pula.

Umpamanya:

a. Doa yang bererti ibadah atau menyembah. Sebagaimana firman Allah:

Dan jangan kamu berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat kepadamu...
(Surah Yunus ayat 106)

b. Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti Firman Allah:

...dan minta tolonglah kepada saksi-saksimu (sekutu-sekutumu) selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.
(Surah Al-Baqarah ayat 23)

c. Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:

...mintalah kepadaKu, akan Ku perkenankan pintamu...
(Surah Al-Mukmin ayat 60)

d. Doa yang bererti An-Nidaa' (panggilan). Seperti Firman Allah:

Iaitu pada hari DIa memanggil kamu...
(Surah Al-Isra' ayat 52)

e. Doa yang bererti Ath-Thana' (pujian). Seperti Firman Allah:

Katakanlah Pujilah Allah atau Pujilah Ar-Rahman...
(Surah Al-Isra' ayat 110)

f. Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:

Ucapan mereka di dalamnya ialah: Maha Suci Ya Allah...
(Surah Yunus ayat 10)

Sebat Islam vs Sebat Sivil

Maklumat Ringkas: SEBAT CARA ISLAM



1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.

6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.


SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.

MITOS YANG PERLU ANDA GRABBB

TUJUH MITOS TUJUH PENIPUAN


Mitos ialah naratif yang dibuat bertujuan untuk memesongkan hakikat.

Contoh mitos : Raja di katakan jelmaan tuhan. Ini adalah mitos bertujuan untuk membodohkan kaum tani agar mereka memberikan tanaman mereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja. Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah lepas satu – satu lagi ditambah. Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang melahirkan perbezaan hanyalah mitos.

Contoh mitos : Pokok itu berhantu. Pokok itu wujud dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu tidak wujud. Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut maka kita akan mencari perlindungan. Peranan untuk melindungi kita dari hantu ialah bomoh dan dukun. Akhirnya kita tunduk pada kuasa bomoh dan dukun.

Mitos diwujudkan untuk tujuan baik dan tujuan jahat. Jangan pergi di dalam gua ini ada hantu - adalah nasehat yang bersalurkan penakutan. Nasehat ini baiak kerana cuba menjaga keselamatan. Ianya juga tidak baiak kerana asasnya satu pembohongan.

Hari ini mitos masih cuba di wujudkan – tetapi agak susah. Dengan kemajuan ilmu tidak ramai yang akan mempercayai mitos-mitos baru yang hendak direka. Mitos seperti angkasawan Neil Armstrong turun ke bulan terdengar suara azan. Atau mitos Bruce Lee mati kerana bersilat dengan Dicky Zulkarnain – semua ini cuba disebarkan untuk menjadi bahan lawak jenaka.

Tujuan asal mitos ialah untuk membodohkan dalam masa yang sama menakut-nakutkan orang ramai. Kalau Raja Jepun berasal Tuhan maka diharapkan rakyat Jepun akan tunduk – walhal kalau Raja Jepun ini makan petai – kencing dia tetap haring. Kalau Prince Charles tercirit baunya tetap busuk.

Lawan mitos ialah fakta. Fakta dapat dibuktikan melalui pengkajian. Ilmu pengetahuan manusia datang dari fakta dan pemikiran manusia. Semua ilmu dalam dunia ini berpunca dari tiga sumber. Pertama : Pengumpulan pengalamnan. Kedua: Kaji selidik. Ketiga : Ujian dalam bilik makmal.

Mitos ini akan pecah jika kita berfikir secara rasional. Kajian ilmiah akan dapat membuktikan sama ada ianya mitos atau fakta. Jika sesutu masih dalam kajian dan belum dapat dibuktikan betul atau slah maka ianya masih di tahap teori. Satu ketika dahulu Letupan Besar/ Bing Bang hanya satu teori – hari ini telah diterima sebagai fakta. Teori menjadi fakta apabila kajian dapat dibuktikan teori ini.

Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman manusia dari satu zaman ke satu zaman. Buruk atau baik pengalaman ini akan menjadi panduan. Panduan ini adalah ilmu pengetahuan. Ada ilmu pengetahuan yang turun dari mulut ke mulut. Ada yang dibukukan.

Dalam negara kita ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..


MITOS PERTAMA:


Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Serawak, Singapura dan Pesekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Serawak.

MITOS KE DUA :

Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !

MITOS KE TIGA :

Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Anakatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.

MITOS KE EMPAT :

Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

MITOS KE LIMA :

Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled –Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan puteh adalah motif Nusantara - merah darah rakyat - puteh hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera Singapura dan Indonesia.

MITOS KE ENAM :


Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.

Mito perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkan kerena gerombolan ini.

MITOS KE TUJUH:

Malaysia negara unik. BOHONG. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.

Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.

TEKNOLOJI PECAHKAN MITOS


Lihatlah betapa teknoloji dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.

Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemedekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai pecah. Dokument-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.

Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknoloji akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh mitos-mitos. Tanpa mitos manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional. (TT)

Nota:

Tulisan ini bebas untuk diambil untuk
tujuan memecahkan mitos.

Are you fluent in English?


  • Are you a good English reader, but not a GREAT English speaker?
  • Do you feel that textbook English is not teaching you the REAL English you need?
  • Is it difficult for you to understand native speakers’ conversations?
  • Have you already improved your English, and are you ready to go to a whole new level?
So, I suggested to you all to learn English via online teacher.

Please fill free to visit to this website

http://learnrealenglish.com/
Affiliate terhebat !!